(VIDEO) Cium Mulut Cik B Sebab Nak Pujuk, Dato Seri Vida ‘Disekolahkan’ – “Kaya Tapi Miskin Akhlak”

Trending

(VIDEO) Cium Mulut Cik B Sebab Nak Pujuk, Dato Seri Vida ‘Disekolahkan’ – “Kaya Tapi Miskin Akhlak”

Jika sebelum ini kakak kepada usahawan selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila ditegur netizen gara-gara mencium bibir anaknya, Jebat Jayden.

Kini, usahawan terkenal, Dato Seri Vida pula dikecam teruk kerana mencium bibir anak perempuannya, Cik B.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman dilihat cuba memujuk Cik B yang merajuk kerana lebih memanjakan adiknya, Kacak.

Pada mulanya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dilihat enggan melayani pujukan ibunya.

Namun selepas Dato Vida menciumnya di bibir, Cik B dilihat mula tersenyum dan bergurau senda dengan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang melihat usahawan berkenaan mencium bibir anak perempuannya yang sudah berusia 18 tahun itu.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut memberi teguran kepada Dato Vida dengan menyatakan perbuatan itu tidak sesuai walaupun mereka mempunyai hubungan ibu dengan anak.

Malah, ada juga segelintir pihak yang meminta usahawan itu agar lebih peka dan belajar tentang pendidikan seksual dengan anak-anak.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noor Nabila Jebat Jayden cium
1 year ago

"Soal Hukum Tanya Je Suami Neelofa" - Cium Mulut Jebat Dalam Foto Raya, Noor Nabila Ditegur Cara Didik Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...