(VIDEO) Cipta Kenangan Habis SPM, Pelajar Ini ‘Catwalk’ Dengan Skirt Penuh Kertas Latihan

Trending

(VIDEO) Cipta Kenangan Habis SPM, Pelajar Ini ‘Catwalk’ Dengan Skirt Penuh Kertas Latihan

Sebelum SPM melabuhkan tirainya, pasti akan ada kenangan dan memori yang mahu dicipta. Jika dilihat di kebanyakan laman sosial, pelbagai karenah dan ragam yang buat netizen terhibur.

Tidak kurang juga dengan keunikan idea kenangan pelajar SPM iaitu Shyretissz ini, yang gigih hasilkan skirt menggunakan kertas latihan! Wah..

Advertisement

Khabarnya, video itu diambil untuk meraikan hari dimana dia dan sahabatnya habis kertas peperiksaan SPM.

Lebih melucukan, apabila remaja ini memakai skirt kertas tadi sambil catwalk di sekolahnya. Gaya diva remaja ini mendapat tumpuan ramai dek lenggokan badan ala-ala model, wah dik hebat, haha!

Sebelum ada mulut-mulut yang berkata, pelajar ini turut mengatakan yang dia tidak buang kertas tersebut begitu sahaja.

“Jangan risau, lepas buat ni saya kumpul dan simpan balik semua”

Apapun, memang kreatif idea adik ni! Rata-rata netizen juga turut tertarik dengan gayanya itu.

“Kau mampu buat skirt macamtu?”

“Bahagia dapat kawan macamni”

Biarlah cipta kenangan sekarang kan, nanti bila dah habis SPM, mereka pastinya akan ada haluan masing-masing. Semoga terhibur.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...