(VIDEO) “Cinta Tak Semestinya Memiliki..” – Bella Astillah Sedia Berpisah Dengan Aliff Aziz, Percaya Itu Jalan Terbaik

Hiburan

(VIDEO) “Cinta Tak Semestinya Memiliki..” – Bella Astillah Sedia Berpisah Dengan Aliff Aziz, Percaya Itu Jalan Terbaik

Terkini, pelakon Bella Astillah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Aliff Aziz ekoran isu kontroversinya ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada Sabtu lalu.

Failkan cerai secara ekspres

Menurut peguam yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd. Rais, pelakon itu telah memfailkan perceraian terhadap Aliff pada 11 Mac lalu bersamaan hari Isnin. Tambahan pula, sepatutnya Aliff juga turut ada pada hari ini bagi menghadiri prosiding pertama kes perceraian namun difahamkan aktor itu mempunyai  penggambaran.

Advertisement

Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

 

Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.

Pilihan terbaik untuk mereka

Pada masa yang sama, Bella menjelaskan niatnya yang nekad untuk berpisah dengan Aliff adalah kerana percaya hal tersebut merupakan jalan terbaik untuknya dan Aliff. Katanya, Aliff juga telah bersetuju untuk menjalani proses percerain tersebut dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dirinya sudah beberapa kali memberi peluang kepada suaminya itu namun terpaksa berpisah dengan cara yang baik.

Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

 

Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.

 

Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Cinta tak semestinya memiliki.

Terdahulu, suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Kedua-dua pelakon itu enggan memberi penjelasan lanjut tentang penangkapan itu dan masih menunggu masa yang sesuai untuk mengeluarkan kenyataan.

bella cerai
9 months ago

Bella Astillah Ke Mahkamah Untuk Sebutan Kes Cerai Terhadap Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...