(VIDEO) “Cinta Sampai Mati” – Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Tolak Anak & Isteri Atas Kerusi Roda Rentas Jalan Raya

Kehidupan

(VIDEO) “Cinta Sampai Mati” – Netizen Sebak Lihat Lelaki Ini Tolak Anak & Isteri Atas Kerusi Roda Rentas Jalan Raya

Kasih sayang seorang insan bergelar suami atau ayah terhadap keluarganya sememangnya tidak boleh dibeli dengan mata wang. Begitulah yang boleh digambarkan dengan hantaran video yang tular di applikasi TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Amar telah memaparkan seorang suami sedang menolak isterinya yang terpaksa duduk di kerusi roda bersama anak mereka.

Advertisement

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah apabila melihat kegagahan lelaki itu menolak kerusi roda ketika merentas jalan yang sibuk dan dibawah cahaya matahari terik oleh kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sepeti pengguna jalan raya lain.

kerusiroda

Cinta Sampai Mati. Hebatnya Kasih sayang seorang Suami Dan Ayah.

Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 141.2K tanda suka dan 8.1K komen di laman TikTok.

@amar_amarpg

Cinta Sampai Mati. Hebatnya Kasih sayang seorang Suami Dan Ayah #sebak#cintasejati#fyp

? Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati terhadap nasib keluarga itu dan berharap agar dengan kuasa ‘viral’ mereka dapat pertolongan yang diperlukan.

Kita ingat kita dah cukup susah.. tapi sebenarnya ada lagi orang yang lagi susah. – Netizen.

Terima kasih kepada siapa viral kan esok kita akan selidik dekat rumah dia boleh kita tolong yang mana mampu bulan puasa ni sama-sama kita cari keberkatan dengan cara masing-masing,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baby
2 years ago

(VIDEO) "Senang Nak Pergi Bercuti" - Hantar Anak Ke Hospital Dakwa Kena Sawan, Rupanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...