Pengacara popular, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan, sekali lagi mencuit hati netizen menerusi siri paranormal yang disiarkan di media sosial.
Terbaharu, Cik Lan tampil menghiburkan wargamaya menerusi satu sesi paranormal bersama pelawak terkenal tanah air, Azlee Senario.
Menerusi potongan video yang tular, Azlee dilihat seperti ketakutan sebelum secara tidak sengaja memeluk Cik Lan dari belakang. Kejadian itu membuatkan pengacara tersebut terkejut dan berseloroh dengan nada lucu.
Abang jangan peluk kita, rasalah ‘bebird’ abang dekat belakang.
Gelilah abang, terkena tu ngilulah. Abang jangan peluk begitu bang, kita (Cik Lan) ‘straight’. Nak kahwin dengan Datuk Seri Vida kena ‘straight’.
Azlee yang masih ketakutan kemudiannya menjelaskan bahawa pelukan itu tidak disengajakan.
Abang tak sengajalah.
Potongan video tersebut mendapat perhatian ramai wargamaya yang rata-rata terhibur dan tidak kering gusi melihat gelagat kedua-dua selebriti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.