(VIDEO) “Cik Epal Tawarkan Saya Jadi Isteri Kedua..” – Dewi Tampil Penjelasan Isu Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Jofliam Dan Cik Epal

Trending

(VIDEO) “Cik Epal Tawarkan Saya Jadi Isteri Kedua..” – Dewi Tampil Penjelasan Isu Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Jofliam Dan Cik Epal

Usahawan dan pensohor media sosial yang dikaitkan dengan kisah rumah tangga di antara Cik Epal dan Jofliam, Dewi tampil membuat penjelasan setelah namanya meniti di bibir netizen sejak kebelakangan ini.

Dikatakan menjadi punca perceraian antara dua nama ‘influencer’ tersebut, Dewi berkata dia sebolehnya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.

Advertisement

Namun, kerana terlalu banyak fitnah dilemparkan warga maya terhadap dirinya, di memilih untuk tampil bersuara dengan menceritakan hal sebenar.

Maklum Dewi, Jofliam tidak pernah berlaku curang sebaliknya keadaan ketika bekerja di luar negara serta cakap-cakap belakang sesama staff pizza wagyu menjadikan keadaan semakin teruk.

Menurut wanita itu lagi, isteri Jofliam pada ketika itu, Cik Epal berasa curiga dengan hubungan pekerja dan staff antara dirinya dan Jofliam.

Malah, Dewi juga mendakwa Cik Epal ada menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam ketika berhadapan empat mata.

Video penuh yang dimuat naik Astro Gempak di saluran YouTube itu kemudian mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

Ada di antara netizen meluahkan rasa simpati terhadap Dewi kerana menjadi mangsa keadaan serta fitnah.

Namun, ada juga yang tetap mengecam Dewi kerana masih bekerja dengan Jofliam serta tidak tegas menolak pelawaan Cik Epal untuk menjadi madunya.

Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Kedua-duanya dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cik epal jawab dakwaan tak jaga maruah jofliam
2 months ago

"Han Tak Balas, Saya Faham Mungkin Dia.." - Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak, Nafi Menghilangkan Diri

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...