Pertama kali belajar memandu pasti sesiapa sahaja akan merasa cuak dan kelam kabut sebab tidak tahu cara untuk memandu apatah lagi jika kita membawa kereta manual. Pendek kata, macam-macam nak kena ingat dan kena tahu.
Itu lah juga pengalaman yang di rasakan oleh Chef Wan apabila pertama kali cuba untuk memandu kereta. Mesti semua ingat “ larhh, selama ini dia tidak pernah bawak kereta ke?†memang benar sekali kerana sebelum ini beliau pergi ke mana-mana menggunakan khidmat pemandu upahan.
Baru-baru ini, dalam sebuah segmen bernama “LiteFM’s First Time†yang dikendalikan oleh stesen radio LiteFm, penyampai mereka iaitu Steve dan Shaz menjemput Chef Wan untuk merasai dan mencuba sendiri pengalaman memandu kereta manual.
Nak tahu gelagat Chef Wan memandu kereta manual buat pertama kali dalam hidupnya? Jom tonton video dibawah:-