Baru-baru ini kita semua sering mengalami sakit tekak, selsema dan demam, malah ramai yang menyangka ianya berpunca dari virus Covid-19 dan Influenza kerana simpton yang hampir sama.
Namun, tular di aplikasi TikTok sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Doktor Hannani Kamarudin yang menjelaskan keadaan ini sebenarnya berpunca daripada kesan supermoon yang menjejaskan kesihatan orang ramai.
Menerusi video tersebut, Doktor Hannani memaklumkan baru-baru ini kita dilanda supermoon yang menyebabkan kelembapan di dalam udara lebih tinggi sehingga menjadi kesukaan kepada kuman dan virus.
Dalam erti kata lain, bakteria dan virus menjadi semakin kuat dan bertambah bilangan pembiakan mereka setelah kejadian supermoon berlaku.
Ini kejadian natural alam semulajadi yang memilih begini.
Jelas Doktor Hannani, manusia sememangnya mempunyai antibodi namun perlu dipertingkatkan lagi perlindungan untuk diri sendiri.
Kalau batuk, sakit tekak sikit-sikit cuba natural remedies macam rendam cengkih dalam air panas, minum madu..
Menurutnya lagi, jika perubatan dengan menggunakan natural remedies ini tidak memulihkan simptom-simptom tersebut, barulah berjumpa dengan doktor.
@drhannanikamarudi Semua orang dah start sakit tekak cek covid cek influenza semua negative.. dah kuman apa pulak ni…jom dengar apa kata dr H #rumahsihatkita #klinikdrhannani #medical #healthiswealth #sihat #batupahatjohormalaysia
Selain itu, Doktor Hannani menyarankan orang ramai untuk mempertingkatkan antibodi dengan mengambil makanan-makanan natural seperti telur, daging, ikan, nasi, sayur, dan buah-buahan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.