Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tampil menyindir sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak masing-masing sehingga mereka tidak boleh didenda, rotan, tegur atau dimarah.
Menurutnya, institusi pendidikan semakin mencabar pada ketika ini kerana anak-anak murid terlalu ‘manja’ di sekolah.
Begitulah juga yang mungkin dirasakan oleh seorang guru apabila dia diserang oleh ibu kepada seorang murid yang berang apabila guru terbabit telah menghempuk muka anaknya dengan buku.
Menerusi hantaran video TikTok oleh ibu kanak-kanak berkenaan, dia menceritakan bagaimana dia dihempuk oleh guru menggunakan buku disebabkan dia tidak membawa rekorder muzik seperti yang diarahkan.
Ni melampau muka pulak kau hempuk dengan buku sampai melalak anak aku.
Tampil menuntut penjelasan, wanita itu kemudiannya telah menemui sendiri guru terbabit di sekolah bersama anaknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi pelbagai reaksi dan situasi mereka telah menjadi perdebatan. Ada yang mempertikaikan adab murid itu ‘menjawab’ kepada gurunya, dan ada juga yang mengatakan tindakan guru itu sememangnya keterlaluan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.