Seorang anggota polis wanita berpangkat Inspektor yang dikenali sebagai Sheila Sharon Steven menjadi bahan bualan netizen gara-gara dia digantung tugas sementara menunggu kes mahkamahnya berlansung nampaknya sedang mencuba laluan ‘karier’ yang baru.
Menerusi beberapa video TikTok yang tular baru-baru ini, Inspektor Sheila cuba untuk menjadi ‘influencer’ sebuah produk kosmetik dan dilihat sedang disolek cantik oleh seorang individu.
Dia yang menjadi model kanvas wajah untuk produk tersebut turut mempromosikan barang-barang jenama kosmetik itu.
Malah, dalam video promosi produk itu, Inspektor Sheila tetap lantang bersuara seperti video-video kesalahan tatatertib yang menjadi viral sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihat rakaman video tersebut dan merasakan Inspektor Sheila adalah seorang yang kelakar.
Ada juga warga maya yang merasakan wanita itu lebih sesuai bergelar pengacara program jenayah misalnya kerana sikapnya yang tegas.
Netizen juga mendoakan agar Inspektor Sheila mendapat jodoh dengan segera gara-gara kenyataannya sebelum ini yang mengaku masih solo disebabkan oleh peribadinya.