Pelakon Riena Diana mengakui hatinya mudah cair apabila mendengar kekasihnya, Keith Foo, berbual dalam bahasa Cina.
Menerusi sebuah video suntingan peminat yang tular di TikTok, Keith dilihat sedang bercakap dalam bahasa tersebut menerusi telefon. Menurut Riena, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, 42, bukan sahaja fasih dalam bahasa Cina, malah turut menguasai pelbagai bahasa lain termasuk Melayu.
“Setiap kali dia cakap Cina, saya cair la juga sebab macam-macam bahasa dia pandai,” ujar Riena dalam video tersebut. Namun begitu, pelakon drama popular “Kampung People” itu mengakui dia tidak memahami perbualan kekasihnya dalam bahasa tersebut.
Katanya sambil berseloroh,
Tapi tu la saya tak faham la. Suaiyong, suaiyong apa tu… saya cakap dia cakap ‘convert’ saja.
Perkongsian tersebut mencuit hati peminat yang turut terhibur dengan reaksi jujur dan manja Riena terhadap kepelbagaian bahasa yang dikuasai Keith.