(VIDEO) Cabut Gelang ‘Pink’, Gadis Dikompaun RM5,000

Trending

(VIDEO) Cabut Gelang ‘Pink’, Gadis Dikompaun RM5,000

Pada hari ini, jumlah jangkitan harian semakin meningkat menyebabkan hospital-hospital kerajaan sudah mencapai kapasiti yang penuh.

8 bulan lalu

Nak Pergi Rumah Kawan, Pelajar Potong Gelang 'Pink' Dikompaun RM 5,000

Advertisement

Bahkan ada sesetengah hospital kerajaan seperti Hospital Sg Buloh dan Hospital Serdang sudah dijadikan pusat rawatan sepenuhnya untuk pesakit-pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Untuk mengelak lambakan pesakit-pesakit di hospital, ada sesetengah pesakit yang berada pada tahap satu, dua atau tidak bergejala diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah dengan memakai gelang merah jambu.

Tanggal Gelang Pink

Terbaru, tular satu video di laman sosial TikTok yang memaparkan tindakan seorang gadis menanggalkan gelang pink sambil dirakam oleh rakannya.

Advertisement

Menerusi video tersebut, perempuan berkenaan bertindak sedemikian kerana dipercayai mahu keluar bersiar-siar meskipun telah dinasihatkan oleh rakannya.

Video yang juga tular di laman sosial Twitter ini telah mengundang kemarahan netizen kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada orang lain.

Nak Pulang Ke Rumah Bukan Jalan-jalan

Di ruangan komen pula menyaksikan rakan kepada gadis berkenaan menafikan mereka sengaja membuka gelang tersebut hanya kerana mahu keluar.

Menurut rakannya, mereka tidur di rumah yang sama dan telah pergi ke ruang kecemasan. Pada esoknya gelang berkenaan terbuka dan dia mahu pulang ke rumah untuk meminta ibunya pasangkan semula.

Bukak gelang pink nak bersiar-siar

Sumber – TikTok

Dikompaun RM5,000

Oleh itu, tindakan gadis yang berada dalam tempoh kuarantin berkenaan membawa padah apabila dia dikompaun sebanyak RM5,000 oleh pihak polis susulan perbuatan itu.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata kompaun berkenaan dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Kamunting di sini.

Advertisement

“Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperoleh”

Menurut Osman, perempuan berkenaan dikenakan kompaun mengikut Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Pihak polis juga menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah wabak Covid-19.

Apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...