(VIDEO) “Bunyi Enjin Vtec” – Sajat Lupa Nak End ‘Live’, Netizen Tehibur Dengar Bunyi Dengkur

Hiburan

(VIDEO) “Bunyi Enjin Vtec” – Sajat Lupa Nak End ‘Live’, Netizen Tehibur Dengar Bunyi Dengkur

Seperti yang kita tahu, usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat sering membuat sesi Live menerusi aplikasi TikTok miliknya dan menghiburkan warganet dengan gelagat lucu dalam kehidupan sehariannya.

Baru-baru ini, Sajat sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila terlupa untuk menamatkan sesi Live kerana dilihat tertidur lena.

Advertisement

Malah, sesi tidur secara siaran langsung dari Sajat itu sempat dirakam oleh pengguna TikTok dan dimuat naik semula di platform tersebut.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 648.1K tontonan, 28.4K tanda suka, dan 1.7K komen di aplikasi TikTok.

Difahamkan, sesi Live tersebut turut tersekat beberapa kali kerana terdapat rakan yang cuba membuat panggilan telefon bagi mengejut penyanyi lagu Bobo Di Mana itu.

Netizen comment ada member dia ke dalam Live ni yang tahu number phone dia, tolong call haha. Pastu Live terpause 3, 4 kali sebab ada orang call. Tu dia bangun terus end,” tulis seorang pengguna TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Sajat yang terlalu lena tidur sehingga berdengkur dan tidak menyedari dia masih belum menghentikan sesi Live.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cik B
2 years ago

“Dia Tak Pernah Ada” - Bapa Tak Pernah Bagi Kasih Sayang, Cik B Akui DS Vida Ibu Yang 'Luar Biasa'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...