Sebuah video tular di Threads memaparkan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin melayan anak-anaknya dengan penuh kelembutan , sekali gus mengundang rasa sebak dan pujian ramai, terutama selepas berita pemergian beliau pagi tadi.
Video yang dimuat naik pengguna @teta_sayangmeow itu memperlihatkan Bung Moktar meluangkan masa bersama anak-anak dengan wajah ceria, sabar dan penyayang. Gelagat spontan arwah yang melayan kerenah mereka membuatkan ramai tersentuh.
Di ruangan komen, warganet memuji sisi keibubapaan Bung Moktar yang jarang dipertontonkan kepada umum.
Lembutnya seorang ayah… tak sangka ini momen terakhir yang kita dapat lihat.
Patutlah Zizie selalu cakap arwah baik hati. Terlihat kasih seorang bapa dalam video ini.
Ramai turut meluahkan rasa sedih apabila video penuh keakraban itu muncul hanya beberapa jam selepas pengumuman rasmi mengenai pemergian Bung Moktar pada usia 66 tahun, awal pagi tadi.
“Selama 16 Tahun Saya Menyaksikan Dia…” – Zizie Izette Mengenang Pemergian Suami Tersayang
Bagi kebanyakan netizen, rakaman tersebut menjadi kenangan berharga yang menggambarkan sisi sebenar arwah sebagai seorang bapa penyayang jauh berbeza daripada persepsi politik yang sering membayangi kehidupannya.
Video itu kini terus meraih tontonan dan doa daripada orang ramai, yang berharap keluarga arwah, terutama isteri Datin Seri Zizie Izette dan anak-anak, diberi kekuatan menghadapi detik sukar ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
