Video Buli Viral: Polis Ambil Keterangan 10 Individu Perempuan

Trending

Video Buli Viral: Polis Ambil Keterangan 10 Individu Perempuan

Berikutan viral satu video yang memaparkan seorang perempuan dibuli oleh 10 orang rakanya sejak semalam, Polis Kunak mengambil keterangan 10 individu perempuan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata mereka terdiri daripada pelajar sekolah dan yang telah tamat persekolahan.

“Pelajar sekolah yang terlibat berusia lingkungan 15 sehingga 17 tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata pihaknya akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas pelajar terbabit.

“Mohon sekolah menengah yang berkenaan merujuk perkara tersebut berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan sedia ada untuk tindakan selanjutnya,” katanya

di laman sosial pula, tersebar satu keratan dari wechat yang memaparkan kes tersebut terjadi akibat sindiran sesama mereka di laman wechat. Kejadian tersebut dikatakan juga berlaku di SMK Kunak Jaya, Sabah.

Video pergaduhan tersebut juga turut tersebar di lama twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...