(VIDEO) “Bulan Mulia Pun Menipu!”- Lauk Pauk Terbiar, Peniaga Restoran Kecewa Ditipu Pelanggan

Kehidupan

(VIDEO) “Bulan Mulia Pun Menipu!”- Lauk Pauk Terbiar, Peniaga Restoran Kecewa Ditipu Pelanggan

Seringkali dalam bulan ramadan kita dengar tentang pelanggan ditipu oleh peniaga dalam membeli juadah berbuka puasa. Ada yang ditipu daripada segi harga dan macam-macam lagi.

Tetapi lain pula cerita  bagi mangsa penipuan kali ini, dimana peniaga restoran ini ditipu oleh pelanggan yang telah menempah untuk makan di restoran tersebut.

Advertisement

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @eila_theseafood, video itu memaparkan makanan yang telah dimasak terbiar begitu sahaja di atas meja kerana pelanggan yang menempah makanan tidak datang makan ke kedai itu.

Peniaga itu juga meluahkan rasa kecewa kerana difahamkan restoran itu selalu tiada pelanggan dan tempahan yang dilakukan boleh sahaja dibatalkan dengan memberitahu pihak restoran lebih awal.

Dalam caption video itu juga menerangkan bahawa pelanggan telah di telefon berulang kali tetapi tidak diangkat.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menawarkan diri untuk membayar ganti rugi dan ada juga pengguna yang menasihatkan peniaga itu meminta deposit kepada pelanggan sebelum menyediakan tempahan.

3 years ago

"Baik Beli Subway" - Beli Kebab Dah Siap Bungkus, Sampai Rumah Tengok Peniaga Pakai Roti Putih Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...