(VIDEO) “Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan” – Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Kehidupan

(VIDEO) “Bukan Nak Buka Aib Keluarga, Tapi Saya Kena Betulkan” – Kakak Safee Sali Akui Fitria Jadi Mangsa Keadaan, Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Adik Ipar

Kakak kepada pemain bola sepak negara Safee Sali, Normalayati Mohd Sali tampil membuka mulut setelah konflik rumah tangga adiknya itu bersama bekas isteri, Fitra Elfina menjadi tular sejak minggu lalu.

Kakak Safee Sali bersuara

Ujar Normalayati, dia perlu bersuara dan memperbaiki keadaan kerana fitnah yang dilemparkan terhadap Fitria semakin parah.

Advertisement

Bukan saya nak buka aib keluarga..memang fitnah (isu penyondol), bukan sebab dia. Benda ini saya kena betulkan.Dia (Safee) kata Sha (Fitria) tak bertanggungjawab.

Katanya lagi, dia ada bercakap dengan Fitria untuk sentiasa bersabar kerana Allah akan memberikan pertolongan dan kebenaran akan muncul tidak lama lagi.

Last yang Sha tak boleh sabar bila dia tengok passport 26 dan 27 pergi Thailand. Apa tujuannya? Firasat seorang isteri ini benar, cuma tak ada bukti.

Saya bercakap dengan Sha, sabar suatu hari Allah akan bagi bukti, kalau dia kahwin waktu itu terpulanglah kepada Sha.

Mohon hentikan fitnah terhadap Fitria

Normalyati juga menzahirkan harapan agar orang ramai tidak menyalahkan Fitria selain menegaskan bahawa dia tidak ingin membela sesiapa sebaliknya hanya ingin memperbetulkan keadaan.

Kalau kata keluar kenyataan mengapa saya tak bela adik saya, sebenarnya saya tak bela siapa-siapa pun. Cuma yang saya nampak, apa yang salah saya perlu betulkan balik.

Saya cuma nak betulkan kesilapan adik saya yang sudah buat salah pada anak orang dan dalam masa yang sama kalau tak tahu cerita sebenar lebih baik diam.Walaupun adik beradik saya cakap biarlah itu haknya. Memang dia ada hak untuk berkahwin tapi cara dia tu salah.

Terdahulu, Safee dan Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Syariah Kuala Selangor pada Selasa gara-gara pemain bola itu mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita lain pada 26 Januari 2024.

Safee sebelum ini pernah bernikah kali pertama dengan Sabarina Yusof namun bercerai sebelum bernikah dengan Fitria.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

9 months ago

Disindir Kena Kifarah, Fitria Elfina Kata - "Waktu Berkenalan Safee Dah Ada Masalah Dengan Bekas Isteri Yang Lama"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...