(VIDEO) “Bukan Dera, Tapi Memang Minat Dia”- Budak Perempuan Tunjuk ‘Skill’ Baiki Kereta

Kehidupan

(VIDEO) “Bukan Dera, Tapi Memang Minat Dia”- Budak Perempuan Tunjuk ‘Skill’ Baiki Kereta

Sekarang ramai kanak-kanak lebih terdedah dengan dunia luar kerana munculnya media-media baharu seperti internet yang boleh diakses di telefon. Perkara ini memberi kebaikan dan juga kekurangan di mana kanak-kanak boleh menjadi ketagih dengan penggunaan telefon pintar dan  jika digunakan dengan baik ia boleh menyumbang kepada kemahiran hidup.

Namun, dalam satu perkongsian video di TikTok oleh @Manie, seorang kanak-kanak perempuan ditunjukkan sedang membaik pulih kereta yang rosak.

Advertisement

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu juga tidak kekok memegang alat-alat untuk membaiki kereta sebaliknya menunjukkan ‘skill’ dan kebiasaan dalam membaiki kenderaan.

Selain itu, kanak-kanak itu juga menunjukkan minatnya dengan aktiviti membaik pulih kerana dia tidak menghiraukan suasana bengkel yang selalunya tidak disenangi orang.

Melalui ‘caption’ video, pemilik kepada video tersebut menyatakan bahawa perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak itu bukanlah kerana dipaksa atau didera tetapi dilakukan atas minatnya sendiri.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan sokongan terhadap minat kanak-kanak itu dan berharap agar budak perempuan meneruskan minatnya.

2 years ago

(VIDEO) Ingat Nak Minta Sedekah, Pemuda Tunjuk Kad OKU Buat Kanak-Kanak Kelu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...