Satu video tersebar meluas di Facebook sejak semalam menunjukkan seorang budak lelaki berseragam sekolah memukul dan membuli seorang pelajar lain biarpun pelajar itu langsung tidak melawan. Bukan saja dipukul dan ditendang, pelajar yang dibuli itu turut dibaling dengan kerusi plastik.
Lokasi rakaman tidak dapat dipastikan namun berdasarkan dialek yang dituturkan perakam video, kejadian buli ini dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Sabah.
Video tersebut boleh ditonton di bawah:
Netizen turut mempersoalkan di manakah guru kelas tersebut. Beberapa pelajar juga dilihat merakam kejadian itu melalui telefon bimbit.
Setakat ini muat naik asal video tersebut mendapat lebih 700,000 tontonan, lebih 5,000 likes dan lebih 25,000 shares.
Sumber: Teguh Mikrama Putra
Nur Hanis
September 7, 2016 at 6:06 pm
Eiiii…. kejam betul. ni mesti mak ayah dia suruh buli budak miskin n lemah nie… eiii…. nanti report polis kene saman baru tau.
p/s: bantulah orang yang susah dan jangan buli dia. nanti kene sekse ngan Allah baru tau
Netizen
September 7, 2016 at 2:18 pm
Org yg ckp sama ja dgn bdk tu..jgn slhkn sesiapa ba..klo kita ada ank bru la taw..spttnye kita berpikir spy anak2 kita xjd bgtu..bkn tinguk org punya slh ja..haishhh
budak-budak sekarang kurang ajar
September 6, 2016 at 1:38 pm
Ini la contoh bila kecik2 baling mangga kat kereta orang, bila besar baling kerusi kat anak orang. ni semua asuhan mak bapak. Tak sanggup nak tengok sampai habis. kalau kena kat anak aku, memang aku buat report polis, saman keluarga budak kurang ajar tu sebab biarkan makhluk gua terlepas ke kawasan bertamadun ni dan saman sekolah tu jugak sebab kejadian ni xmungkin berlaku 2-3 minit. mesti lama budak tu dikerjakan. geram betul aku. patutnya kat Malaysia ni buat undang2 hantar mak bapak budak pembuli tu meringkuk dalam penjara setahun dua. bila budak tu dah cukup umur, hantar dia pulak masuk penjara, baru tak senang duduk mak bapak yang buat tak endah pasal anak2 yg kurang ajar nih.