Satu video tersebar meluas di Facebook sejak semalam menunjukkan seorang budak lelaki berseragam sekolah memukul dan membuli seorang pelajar lain biarpun pelajar itu langsung tidak melawan. Bukan saja dipukul dan ditendang, pelajar yang dibuli itu turut dibaling dengan kerusi plastik.
Lokasi rakaman tidak dapat dipastikan namun berdasarkan dialek yang dituturkan perakam video, kejadian buli ini dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Sabah.
Video tersebut boleh ditonton di bawah:
Netizen turut mempersoalkan di manakah guru kelas tersebut. Beberapa pelajar juga dilihat merakam kejadian itu melalui telefon bimbit.
Setakat ini muat naik asal video tersebut mendapat lebih 700,000 tontonan, lebih 5,000 likes dan lebih 25,000 shares.
Sumber: Teguh Mikrama Putra