(Video) Budak Lelaki Diserang Anjing Liar, Orang Awam Didakwa Hanya Tengok Dan Rakam

Trending

(Video) Budak Lelaki Diserang Anjing Liar, Orang Awam Didakwa Hanya Tengok Dan Rakam

Macam yang kita semua tahu, anjing liar memang selalunya akan berkeliaran di kawasan terbiar atau di tapak pembinaan. Tapi ada juga anjing liar yang bebas di kawasan perumahan dan tidak dimiliki oleh penjaga.

Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang budak lelaki dipercayai diserang oleh seekor anjing liar. Dalam video yang dirakamkan itu, budak lelaki itu terduduk di tengah jalan dengan seekor anjing di sebelahnya.

Advertisement

Kalau tengokkan pada keadaan budak lelaki itu nampak seperti masih dalam keadaan ketakutan selepas diserang. Anjing itu juga tidak berganjak daripadanya walaupun sudah dikerumun oleh orang awam.

Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi. Mungkin juga disebabkan anjing itu masih dalam keadaan agresif, membuatkan budak lelaki itu takut untuk berganjak dari situ.

Yang menjadi masalahnya, orang awam di situ hanya dilihat tercegat di situ dan tidak membantu menghalau anjing itu. Netizen juga cukup geram melihat sikap orang awam yang seolah tidak ada usaha untuk membantu budak lelaki itu.

“Dah tau budak tu kena tokak pi la halau anjing tu, nak tunggu mati baru nk tolong ka.”

facebook

 “Tahniah rakyat malaysia kerana anda telah menjalankan tugasan anda iaitu tolong tengok dan tolong viral.”

facebook
Setakat ini, tiada maklumat terkini tentang keadaan budak lelaki tersebut. Sama-sama lah kita hentikan budaya ‘rakam dan viral’ kerana yang penting kita bantu dulu mangsa dalam keadaan macam ni.

Sumber: Facebook 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...