Macam yang kita semua tahu, anjing liar memang selalunya akan berkeliaran di kawasan terbiar atau di tapak pembinaan. Tapi ada juga anjing liar yang bebas di kawasan perumahan dan tidak dimiliki oleh penjaga.
Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang budak lelaki dipercayai diserang oleh seekor anjing liar. Dalam video yang dirakamkan itu, budak lelaki itu terduduk di tengah jalan dengan seekor anjing di sebelahnya.
Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Dato Syed Nahar, Kuah, Langkawi. Mungkin juga disebabkan anjing itu masih dalam keadaan agresif, membuatkan budak lelaki itu takut untuk berganjak dari situ.
Yang menjadi masalahnya, orang awam di situ hanya dilihat tercegat di situ dan tidak membantu menghalau anjing itu. Netizen juga cukup geram melihat sikap orang awam yang seolah tidak ada usaha untuk membantu budak lelaki itu.
“Dah tau budak tu kena tokak pi la halau anjing tu, nak tunggu mati baru nk tolong ka.”

“Tahniah rakyat malaysia kerana anda telah menjalankan tugasan anda iaitu tolong tengok dan tolong viral.”

Sumber: Facebook