(Video) Budak Lelaki Bangga Dapat Rosakkan Barang Di Family Mart Walaupun Dikecam Netizen

Trending

(Video) Budak Lelaki Bangga Dapat Rosakkan Barang Di Family Mart Walaupun Dikecam Netizen

Dalam kehidupan sekarang semua yang kita lakukan bersama-sama kawan dan juga ahli keluarga sering kali kita semua paparkan di dalam media sosial agar ia menjadi tatapan warga sosial di dunia nyata dan dunia maya.

Walupun begitu, kadangkala terdapat segelintir warga sosial yang berkongsi gambar ataupun video yang tidak masuk akal tanpa memikirkan kesannya.

Advertisement

Selalunya mereka semua kerap kali membuat perkongsian di Story Instagram.

Baru-baru ini tular satu video perkongsian di Instagram Story memaparkan perlakuan seorang lelaki yang merosakkan beberapa barangan di francais Family Mart.

Dari video yang dirakamkan oleh kawan lelaki tersebut, beliau sedang memicitk kek dan roti yang berada di dalam peti, mengocangkan kek yang dijual, mengoncangkan minuman dan menukar semua minuman ke tempat lain.

Bukan itu sahaja, mereka semua menganggap aksi yang dilakukan itu lucu dan mempertawakan kawan mereka di dalam video tersebut.

“Nanti kena bayar doh. Dia bukak wey. Bodohnya budak ini.

Apa yang mengejutkan juga, beliau turut membuka sebotol air lalu diletakkan balik di dalam peti sejuk itu semula. Kejadian ini didakwa berlaku di Nilai, Negeri Sembilan.

Perlakuannya itu dirakam sendiri oleh rakannya dan ia dikongsikan melalui Instagram Story sebelum menjadi tular di Internet. Akibat penularan itu, tindakan lelaki berkenaan dan rakan-rakannya itu telah menerima kecaman hebat daripada netizen.

Rata-rata warga Twitter benci akan tindakan lelaki ini yang tidak mempunyai adab dan bersikap bodoh.

Pekat betul bodohnya..kalah kuah Oden

Orang bodoh sepatutnya tak payah keluar rumah


Bukan itu sahaja, kerana video ini telah menjadi tular lelaki tersebut telah membuat satu video penerangan mengenai ini semasa berada Family Mart ini.

Ini keterangan untuk video yang kami buat tadi, korang jangan main cakap apa yang aku buat sebelum ini aku dah beli dah. Aku ambik balik lah, eh korang ini sambil(menjelir lidah).

Kita orang buat video itu sahaja je, aku tak bodoh lagi lah nak jadi rosakkan harta benda awam. Wey kalau kita orang sengaja buat, dekat atas itu bersepahlah CCTV boss. Orang pun beratur ramai.  Kat belakang kita orang pun ada orang, ini semua saje-saje. Relaxlah dan chill.

Para netizen di Twitter mengecam tindakan mereka yang bertindak bodoh walaupun mereka beri penerangan.

TUNJUK RESIT LAH!! ATAS MEJA TAKDE PLASTIK2, BOTOL YANG DIA BUKAK! DAH LAH ISAP VAPE

Kannnn?! Lupa nak point out yg tu. Macam kaya sangat je nak beli benda tu semua. Banyak pulak tu dia rosakkan.

You think you are so cool but nope! it just show your level of stupidity and foolishness


Walaupun lelaki ini telah memberi penerangan, sepatutnya dia dan rakan-rakanya tidak seharusnya bertindak sedimikian kerana ia mungkin boleh mendatangkan anggapan salah kepada orang ramai yang menonton video tersebut.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...