Tular di media sosial hari ini apabila tersebarnya sebuah video yang memaparkan seorang remaja lelaki belasan tahun telah dipukul oleh sekumpulan individu.
Difahamkan, remaja yang menaiki kereta kancil berwarna hijau itu didakwa cuba untuk melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang kanak-kanak sebelum ‘kantoi’ dengan penduduk kampung.
Dalam video tersebut, remaja berkenaan dikelilingi beberapa lelaki dewasa dan turut dicekak leher bajunya sebelum dikasari di bahagian kemaluan.
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) July 18, 2022
Remaja itu juga telah diterajang seorang lelaki yang berada di tempat kejadian sambil disaksikan beberapa individu lain.
Namun tidak dipastikan secara lanjut apa punca di sebalik kejadian ganas itu.
Namun begitu, ruangan komen dipenuhi kritikan netizen yang merasakan tindakan lelaki dewasa yang membelasah remaja berkenaan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.
Kata netizen, remaja itu patut diserahkan kepada pihak berkuasa jika dia melakukan kesalahan dan tidak wajar dikasari seperti itu.
Budak lagi weh tak matang lagi, macam adik-adik je ni. Kalau betul dia nak buat benda tak senonoh memang aku basuh budak ni tapi tak ada la sampai guna kekerasan.
Meskipun begitu, ada juga yang bersetuju dengan ‘peringatan’ keras yang diberikan oleh individu itu sebagai pengajaran atas perbuatan yang dilakukan remaja berkenaan.