Perkongsian terbaharu ibu kepada pempengaruh terkenal, Siti Jamumall, iaitu Norizan Jaafar, mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan anaknya sedang berdepan gangguan mistik.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Norizan berkongsi momen Siti dirawat oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, selepas didakwa terkena buatan orang.
Dalam video tersebut, kelihatan Siti menunduk seolah-olah menahan kesakitan ketika Vida membacakan ayat Al-Kursi sebagai sebahagian daripada rawatan.
Apa yang lebih mengejutkan, kedua-duanya Siti Jamumall dan Vida dilihat memuntahkan sesuatu ke dalam bekas khas, sekali gus menimbulkan tanggapan betapa kuatnya gangguan yang dialami.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak menyangka Vida memiliki kebolehan untuk merawat gangguan mistik.
Ramai juga mendoakan agar Siti diberikan kesembuhan dan kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa.