Setiap hari, rutin Abang Nara ialah bangun pagi, gosok gigi, makan roti dan bukak komputer untuk melihat perkembangan dunia seharian. Paling Abang Nara suka ialah buka Facebook sebab banyak informasi menarik yang dikongsikan oleh kawan-kawan di situ. Berita semasalah, gambar lawak la, video menariklah dan macam-macam lagi.
Pagi ini, sedang Abang Nara melayan Facebook, terperasaan beberapa kawan berkongsi satu video yang sama. Kata mereka video ini wajib ditonton sebab menyentuh jiwa dan raga. Siap boleh buat kita mengimbau zaman kanak-kanak. Abang Nara macam biasalah skeptikal sikit. Kawan-kawan Abang Nara nie memang over sikit kadang-kadang. Jadi untuk mengetahui kebenaran kata-kata mereka, Abang Nara pun tontonlah video tersebut:-
Abang Nara suka dengan pengajaran video “Buang†dari Courts Malaysia ini iaitu sesuatu yang lama, tak semestinya tidak bermakna. Kita selaku manusia memang lumrah sukakan dengan benda yang baru. TV nak baru, sofa nak baru, peti ais nak baru, kereta nak baru. Ada tue bini pun nak baru jugak. Hehehe. Namun kita perlu ingat, benda lama pun ada harganya tersendiri. Harga dari segi kenangan, memori, pahit manis yang diharungi dan pengalaman yang dicipta bersama. Jadi kita perlu sentiasa menghargai sesuatu yang lama dalam kehidupan kita, tanpa perlu membuang mereka sesuka hati. Amboi berfalsafah pulak Abang Nara di pagi-pagi hari ini.
Video “Buang†ini dihasilkan sempena ulangtahun ke 30 Courts Malaysia. Abang Nara dah pernah kongsikan rahsia Courts kekal lama di Malaysia menerusi artikel ini satu ketika dahulu. Sejak tahun 1987, Courts Malaysia telah meraikan hidup senang bersama rakyat Malaysia. Courts telah membantu ribuan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk membeli pelbagai jenis produk menerusi skim pembayaran mereka. Senang cerita, Courts ini sejak Abang Nara kecil sampailah ke hari ini, sentiasa berada di sisi menemani setiap detik kehidupan. Power sungguh!!!
Maklumat lanjut layari www.courts.com.my.