Tindakan usahawan Bonda Rozita membeli dua ekor anjing baka German Shepherd untuk menjaga keselamatan ladang miliknya mencetuskan pelbagai pendapat.
Menerusi Threads, ramai individu berbincang tentang keputusan dibuat Bonda dan suaminya di mana rata-ratanya berpendapat bahawa banyak lagi cara lain boleh dibuat untuk tujuan keselamatan.
Kata netizen, Bonda mungkin perlu cuba memasang kamera litar tertutup (CCTV) atau upah pengawal sebelum memilih inisiatif membeli anjing tersebut.
Bela anjing ni benda paling last kena buat. First letak CCTV, kalau kena pencuri masuk, baru letak guard, kalau dah guard+cctv tak jalan, baru letak anjing.
View on Threads
Kata netizen, sekiranya anjing tersebut dibeli semata-mata untuk menjaga keselamatan dan dilatih oleh pelatih profesional tidak mengapa.
Namun, dua ekor anjing berkenaan kini dilihat seolah-olah sudah seperti haiwan peliharaan pasangan suami isteri itu pula.
“Alasan untuk jaga kawasan. Atuk aku bela kat kebun durian, takde pula siap berjalan-jalan buat macam haiwan peliharaan,” komen seorang individu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.