Tular di TikTok baru-baru ini mengenai satu video di mana seorang lelaki telah menghabiskan bekalan susu badan isterinya yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan telah memegang sepeket stok susu badan isterinya dan menulis kapsyen ‘kalau baby tak habiskan biar papa habiskan’.
Dia kemudiannya bertindak mencampurkan susu ibu berkenaan bersama dengan beberapa potongan buah-buahan dan turut bertanyakan pengikutnya di TikTok mengenai rasa sebenar susu ibu.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen turut tertanya-tanya apakah rasa sebenar susu badan dan ada juga yang mempersoalkan hukum meminum susu badan selain anak sendiri.
Suami boleh minum syaratnya anak dia kenyang. Hukumnya makruh kalau tak silap saya. – netizen
Biasa tu, kadang-kadang ada ibu yang buat sabun dari susu badan berlebihan.