(Video) : Bila Kucing Lain Datang, Ia ‘Sorokkan’ Rakannya..

Trending

(Video) : Bila Kucing Lain Datang, Ia ‘Sorokkan’ Rakannya..

Viral di media sosial kisah persahabatan dua ekor kucing menjadi apabila dimuat naik oleh laman Facebook SBS TV. Menurut laman Facebook itu, kucing yang dikenali sebagai Nabi itu cacat kedua belah kakinya.

Advertisement

Bagaimanapun, disebalik kecekalan Nabi untuk meneruskan hidup, dia ditemani oleh kawannya yang setiap berada di sisi tidak kira masa.

Seorang penduduk yang selalu memberi makan kepada kucing itu berkata: “Mungkin rakannya itu tahu membaca fikiran Nabi.”

Apabila terdapat kucing liar cuba mendekati mereka, rakan Nabi akan cuba melindungi Nabi dan menghalau kucing terbabit.

Menurut SBS TV juga, pengawal Nabi berjaga untuk menjaga rakannya itu sepanjang hari. Apabila tiba waktu malam, barulah ia akan menghampiri rakannya itu untuk menjilatnya.

Orang ramai yang terkesan dengan persahabatan dua ekor kucing itu menjaga mereka dengan memberi makan, menjaga tempat tinggal mereka serta memberikan ubat.

Lagi menyayat hati, rakan Nabi akan menunggu Nabi selesai mengenyangkan perut terlebih dahulu sebelum makan.

Kredit : SBS TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...