(VIDEO) “Biar Betik!” – Ramai Terkejut Ebit Lew Buat Kolaborasi Dengan TikToker Jepun Terkenal

Trending

(VIDEO) “Biar Betik!” – Ramai Terkejut Ebit Lew Buat Kolaborasi Dengan TikToker Jepun Terkenal

Pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew telah mendapat perhatian orang ramai selepas membuat kolaborasi bersama TikToker terkenal yang berasal dari Jepun iaitu Bayashi TV.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew dilihat memasak hidangan nasi goreng bersama pempengaruh berkenaan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, hasil masakan nasi goreng tersebut turut diberikan kepada gelandangan yang berada di tepi jalanan di Tokyo, Jepun.

Masak nasi goreng dan beri makan di Tokyo Japan bersama Bayashi.

Difahamkan, Ebit telah terbang ke Tokyo, Jepun demi membuat konten masakan bersama TikToker berkenaan.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat 141K tontonan, 141K tanda suka, dan 1K komen di laman Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga Malaysia berkata mereka langsung tidak menjangka kolaborasi tersebut.

Malah, ramai yang turut meluahkan rasa bangga dan memuji tindakan pendakwah bebas itu kerana tetap menyebarkan kebaikan walaupun sedang dilanda ujian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azhar sulaiman sambal hijau
12 months ago

"Saya Dah 10 Tahun Jadi Pelanggan.." - Kes Kuku Dalam Makanan, Azhar Sulaiman Syak Ada Yang Cuba Khianat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...