(VIDEO) “Besar Pahala..” – Kegigihan Lelaki Ini Tolak Kancil Guna Kaki Dipuji Warganet

Trending

(VIDEO) “Besar Pahala..” – Kegigihan Lelaki Ini Tolak Kancil Guna Kaki Dipuji Warganet

Selalunya, kita akan nampak motor yang menolak motor, tetapi lain pula yang tular di media sosial mengenai penunggang motosikal ini yang gigih menolak sebuah kereta Perodua Kancil dengan kakinya.

Berdasarkan rakaman, video berkenaan dikatakan dirakam di Sarawak. Prihatin ya orang Sarawak!

Advertisement

Only in Sarawak bro, only in Sarawak

Kenyataan itu merupakan kata-kata daripada seorang lelaki dalam perkongsia yang dimuat naik di laman Facebook, Mario Zenger.

Difahamkan, penunggang motosikal berkenaan berbuat demikian dipercayai untuk menghulur bantuan ke atas pemandu kereta yang menghadapi masalah kerosakan enjin atau kehabisan minyak pada kenderaannya.

Video tersebut menjadi tular apabila ia kemudiannya dikongsikan oleh kelab penunggang FZ150i crew. Selain mendapat banyak komen membina, rata-rata warga maya turut berbangga dengan sikap baik lelaki tersebut.

 “Besar pahala brother. Lain mcm towing

 “Kuat betul kaki dia” 

Hasil rakaman berkenaan telah berjaya mendapat tarikan lebih 100 perkongsian pengguna laman media sosial. Salute dengan lelaki ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua, jangan malu untuk berbuat kebaikan walau sebesar zarah ya. Semoga kita lebih peka dengan kesusahan orang sekeliling dan sentiasa ‘ringan tulang’ untuk membantu.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...