Written by Bella | April 25th, 2019

Akhirnya teka-teki mengenai foto Fathia Latiff dengan imej berambut pendek yang tular beberapa hari lalu sudah terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah membuka tudungnya.

Kata Fathia, beliau sangat gembira dengan penampilan terbarunya itu kerana penampilannya ketika berhijab penuh dengan dugaan serta cabaran. Harus berpura-pura dan tidak dapat menjadi diri sendiri sehingga segala tekanan itu membuatkan dirinya mengalami depresi. Sebelum ini, Fathia menutup aurat atas desakan orang dan bukannya kerana Allah SWT.

Kalau kita buat sesuatu kerana manusia, ia tidak akan kekal. Saya pakai tudung sebab orang, bukan kerana Allah atau kehendak diri sendiri.

Jadi selama mengenakan hijab, saya alami depresi kerana tidak dapat menjadi diri sendiri. Saya cuba bertahan, tetapi perasaan itu lama-kelamaan membawa ke arah kegelapan sedikit demi sedikit. Tetapi apabila buka hijab, saya rasa bebas dan selesa. Saya tidak mahu jadi hipokrit.

Bukan tidak cuba untuk terus istiqamah dan berubah ke arah lebih baik, tetapi beliau sudah cuba untuk mengenali dirinya tetapi tidak menemui jawapan yang dicari.

Ketika pakai tudung, saya akui ada perasaan tidak ikhlas dan dapat rasa hati busuk. Bila sudah kenal diri, saya sudah tidak takut apa-apa lagi. Sebab itu saya berani tampil di depan khalayak dengan imej sebegini.

Tentunya rata-rata peminat kecewa dengan tindakan dan keputusan Fathia untuk kembali ‘free hair’. Namun, siapalah kita untuk terus memaksa seseorang itu melakukan perkara yang mereka tidak suka? Netizen boleh tegur tetapi biarlah dengan cara berhemah, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Fathia agar satu hari nanti pintu hatinya terbuka dengan ikhlas atas kehendaknya sendiri untuk kembali berhijab.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto & Video : Media Hiburan

68 responses to (VIDEO) Bertudung Bukan Kerana Allah, Depresi Tidak Dapat Jadi Diri Sendiri – Fathia Latiff Sah Buka Tudung

  1. damai says:

    x tahu nak cakap apa. Makin hari makin ramai yg buat perlanggaran tapi rasa happy dan x bersalah, Ya Allah, kau lindungi anak2 dan family ku dari perkara mungkar, kesian parents dia, sedih dapat anak mcm gini. dah buka tudung satu cerita, dgn fesyen rambut satu cerita. Dalam islam pun ada garis pandu fesyen rambut yg dilarang, may u diberikan kesempataan untuk ketemui hidayah kembali, aamiin

  2. Ros says:

    Orang yang kenal diri (boleh jadi tidak bertudung) bukan seperti orang yang kenal jasad (berniqab segala, umrah setiap bulan tapi pelacur disebalik rupa ala2 hana azraa). Ibadah tidak akan membawa anda ke Tuhan. Hadam.

  3. Anonymous says:

    “Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.” – fathia latiff

    https://beautifulnara.com/tahniah-fathia-latiff-kini-sudah-bertudung-sepenuhnya/

    • hida says:

      gigih la aku tekan link tu….ayat last tu paling padu “utk buka tudung tidak sekali2” fuhhh ni kalau ss bagi kat dia agak kena block tak?

      rupa fathia la ni aku tengok da mcm safiey illias masa masih lelaki….

  4. black maria says:

    aik..dulu kemain lg kuar gosip kt beutifulnara ni yg ko x kana bukak tudung walau ape pon terjadi, ni ape kes ni? fisrt time seumur hidup aku dengar org depresi sb pakai tudung.

  5. unknown says:

    sedih fitnah agama makin berleluasa.. dari berhijab x berhijab dengan alasan yg cannot brain.. yg berniqab & so called ustad buat benda yg cannot brain gak.. Allahu

  6. Anonymous says:

    xheran la…dah bole expect die mmg akan bukak tudung punya…korang tunggu la xlama lg si liyana jasmay dgn si erin malik tu pulak follow

  7. sepaun says:

    ckp yg baik2, doa yg baik2.. klu xda benda baik yg ingin dickpkn, DIAM :) takut nnti satu hari hati kita/family kita yg berbolak balik.. wallahualam

  8. Anonymous says:

    Style ala2 miley cyrus nampak..

  9. Ayu says:

    Fathia, u look like a stupid bitch with no integrity. And now that tudung is off, super ugly.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini