Penyanyi lagu ‘legend’ Ramalanku Benar Belaka, Zarul Umbrella sememangnya aktif di media sosial setelah namanya kembali menjadi popular setelah menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-3.
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan sebelum kembali ‘mendunia’ di dunia nyanyian dan lakonan.
Dia juga sering berkongsi mengenai kerjayanya yang terdahulu di TikTok dan turut memberi tips kepada muka-muka baru yang ingin menyertai bidang penerbangan itu.
Terbaru, Zarul tampil menjawab soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai wanita berhijab yang ingin menjadi pramugari.
Jelasnya, terdapat satu syarikat penerbangan di Malaysia yang membolehkan wanita untuk memakai hijab iaitu Amal by Malaysia Airlines di mana ia menyediakan servis untuk jemaah haji dan umrah.
@zarulumbrellaofficial Persoolan yg sering ditujukan kepada saya %% dan ini lah yg boleh saya jawab
? original sound – zarulumbrellaofficial – zarulumbrellaofficial
Tapi untuk jadi pramugari kat situ, korang kena ada pengalaman sebagai seorang pramugari sebelum ini dekat Airlines mana-mana lah.
Yang tak ada pengalaman, korang kena buka tudung untuk jadi pramugari dekat Malaysia ni.
Video penjelasan itu ternyata telah menimbulkan pelbagai respon dan reaksi dalam kalangan netizen.
Nampak macam abang Zarul rasa bersalah sebenarnya nak jawab soalan ni. Sebab isu buka tudung jadi pramugari ni kadang-kadang sensitive. Tapi terima kasih bang.
Korang jangan marah Zarul pula, dia menyampaikan je ye…
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.