Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video memaparkan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti ‘memeluk’ pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan di TikTok.
Difahamkan, video tersebut bermotifkan propaganda politik dan berunsurkan fitnah semata-mata terhadap Anwar Ibrahim.
Dalam video tersebut, Elizabeth Tan yang sedang merakam video sedang menunggu kehadiran Anwar Ibrahim sebelum berswafoto bersama.
Inilah yg walaun-walaun terbebal di seluruh alam jadikan modal untuk fitnah PMX di TikTok.
Walhal bukan sengaja dan Elizabeth Tan pun meminta maaf.
Bertaubat lah walaun-walaun PN. pic.twitter.com/GxrdnTnllv— Anwar Supporters (@AnwarSupporters) April 12, 2023
Namun, Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy itu dilihat berundur ke belakang sebelum terlanggar figura politik itu. Lizzy kemudian memohon maaf akibat insiden itu.
Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai netizen tampil mengecam tindakan sesetengah pihak yang membuatkan video itu seperti Anwar berada dalam keadaan ‘mengambil kesempatan’ terhadap Lizzy.
View this post on Instagram
Kata netizen, Anwar tidak akan sengaja berbuat perkara seperti itu di khalayak ramai memandangkan statusnya sebagai Perdana Menteri kerana ia diibaratkan meletakkan pisau di leher sendiri.
BACA: “Tunggu Kes Ebit Lew Pulak” – Da’i Syed Bebas Pertuduhan Cabul, Persetubuhan Luar Tabii