Persembahan Sufian Suhaimi pada malam Anugerah Juara Lagu Ke 33 (AJL 33) antara yang paling dinantikan.
Siapa sangka malam ini beliau tampil dengan kejutan apabila berjaya membuatkan penonton mengeluarkan air mata saat menyanyikan lagu Di Matamu dengan penuh penghayatan lahir dari hati yang tulus. Memang menusuk hati.
Membuatkan netizen lebih sebak saat melihat prop pelamin serba putih yang mempunyai 1001 cerita disebaliknya. Ramai tahu bawa lagu itu mempunyai kaitan dengan kisah cinta Sufian yang lalu.
Nyata persembahan Sufian memang layak untuk mendapat anugerah Persembahan Terbaik. Tahniah kami ucapkan kepada beliau dan semoga lebih sukses selepas ini. Apa yang jadi di masa lalu tidak perlu dikenang lagi, biarlah luka lama menjadi sejarah sahaja.
Kredit Foto : Instagram Muzik-Muzik 33

Paktuwwer
February 6, 2019 at 12:41 pm
Bila lelaki merintih akibat putus cinta, apakah jejaka akan meraung pabila diminta membela maruah agama dan bangsa.
huhuhu
February 6, 2019 at 11:09 am
aku tak tahu siapa yg tak move on lagi? huhu. fikir2 kanlahhhh
rowena
February 4, 2019 at 10:05 pm
alamak nyanyian jer pun …. dunia, dunia
Ms Bawang
February 4, 2019 at 11:01 am
duit menang persembahan terbaik pun belum tentu mak elpira terima..
move on pian..
elpira tu bukan lawa pun..