(VIDEO) “Bersalin Pun Cantik..” – Fizo Omar Mengalir Air Mata Sambut Anak Ke-2, Netizen Pun Naik Sebak Sekali

Hiburan

(VIDEO) “Bersalin Pun Cantik..” – Fizo Omar Mengalir Air Mata Sambut Anak Ke-2, Netizen Pun Naik Sebak Sekali

Perkongsian Fizo Omar di Instagram baru-baru ini telah membuatkan netizen berasa sebak dan tersentuh hati apabila pelakon itu ada merakam momen dia menyambut anak keduanya yang lahir pada 19 May lalu.

Dalam video itu, Fizo telah diberikan panduan untuk menyambut bayi secara langsung oleh pegawai perubatan yang terlibat sepanjang proses kelahiran.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Malah, Fizo juga mengalirkan air mata di saat dia memegang anak keduanya itu.

Aku sambut dengan rasa penuh tanggungjawab. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Satu pengalaman yang sangat berharga dan abe Joe tak akan dapat lupakan sampai bila-bila.

Dia dalam pada itu berharap agar perkongsian itu dapat memberikan inspirasi kepada lelaki di luar sana yang bakal bergelar bapa agar mengambil pengalaman seperti itu jika berpeluang.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen tampil memberikan pujian buat Fizo yang terlihat prihatin dan memberikan kasih sayang dan penghargaan buat isterinya.

Untuk isteriku, tak ada kata-kata yang boleh saya ucapkan sebagai tanda bersyukur dan gembira kerana memiliki awak dalam hidup saya. Semoga Allah memberkati hubungan kita dan memberi kebahagiaan hingga ke jannah.

Penampilan isteri Fizo, Fazeera Nazri Azrai juga meraih perhatian peminat kerana tetap cantik meskipun sedang berjuang melahirkan anak.

Nelydia Senrose
2 years ago

"Hati Hancur, Saya Tak Okay.." - Nelydia Senrose Terbang Ke Luar Negara, 'Healing' Sebab Patah Hati?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...