Sebuah program majlis Tilawah Al-Quran di negara jiran telah menuai kritikan netizen apabila acara penutup majlis berkenaan telah dihiasi dengan pesta berjoget dan nyanyian rancak oleh para peserta.
Video itu kemudiannya menjadi tular di laman Facebook dan mengundang pelbagai respon daripada netizen, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia.
Yang lebih mengejutkan adalah apabila rata-rata yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada muslim yang bertudung dan berkopiah.
Mereka dilihat berjoget dengan lagu latar belakang Bara Bara Bere Bere dan keadaan juga dilihat tidak terkawal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terutamanya kepada pihak penganjur kerana membiarkan sahaja acara keagamaan itu diakhiri dengan aktiviti maksiat.
“Agak-agak la buat depan masjid. Masjid tilawah Al-Quran pulak tu. Dunia makin tenat.” komen seorang netizen.