(Video) Berita Pelepasan Jet Pejuang Iran Dan Amerika Syarikat Kecoh Di Media Sosial

Trending

(Video) Berita Pelepasan Jet Pejuang Iran Dan Amerika Syarikat Kecoh Di Media Sosial

Susulan daripada serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh Iran semalam, ketika ini kecoh di media sosial tentang berita jet pejuang kedua-dua negara telah berlepas dari pangkalan tentera masing-masing. Semalam, Iran melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Baca: Iran Mula Hantarkan Serangan Kepada Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Iraq

Advertisement

Terkini, beberapa media antarabangsa melaporkan Iran dan Amerika Syarikat telah melepaskan jet pejuang mereka dari pangkalan tentera. Ketegangan yang berlaku di antara Iran dan Amerika bermula selepas pembunuhan komander tertinggi Iran dalam serangan udara dilakukan Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Laporan media antarabangsa

Berita perlepasan jet pejuang kedua-dua negara ini semestinya mencetuskan satu kebimbangan kerana kemungkinan pertempuran berskala besar yang akan berlaku. Pasukan tentera Iran melaporkan sebanyak 30 tentera AS yang terkorban dalam serangan semalam. Tetapi Amerika Syarikat tidak memberikan apa-apa maklumat tentang isu itu.




Video jet pejuang yang berlegar di udara juga turut dikongsikan di media sosial kini namun identiti pesawat tidak dapat dikenalpasti.

Belum ada maklumat terkini tentang perkembangan isu pertempuran yang dikatakan akan berlaku dalam masa terdekat ini. Namun ini bukanlah satu berita yang baik untuk seluruh dunia bagi fasa awal tahun 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...