Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan beberapa orang remaja lelaki sedang berada di atas jalan raya sambil berbaring dan bergolek.
Dalam video berdurasi 18 saat itu, beberapa orang remaja lelaki sedang berbaring dan turut terlihat sebuah kereta sedang menghampiri mereka.
Same kids hiding and using slingshots to shoot stones at passing cars pic.twitter.com/E1Z7QaG27M
— Izham Hassan (@Izham_Hassan) April 18, 2022
Terdapat suara di latar belakang video tersebut meminta sekumpulan remaja itu untuk terus berbaring dan kereta yang menghampiri sempat mengelak daripada melanggar mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa berang dengan tindakan para remaja tersebut yang membahayakan nyawa masing-masing dengan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Dah macam tak ada akal tak ada otak je gayanya. Kita dulu paling-paling ponteng sekolah, vandalisme, lawan cakap cikgu, tapi takde la sampai duduk tengah jalan tunggu dilanggar kereta.
Dalam pada itu, ada juga yang menyalahkan ibu bapa remaja itu yang didakwa ‘tidak pandai menjaga anak’ kerana membiarkan amanah daripada tuhan berpeleseran pada waktu malam dan berkelakuan seperti itu.