Satu rakaman video menjadi tular di media sosial TikTok apabila seorang wanita bergelar ibu dilihat merakam reaksi anak perempuan sulungnya yang dipuji telah menjadi permata hati yang baik dan penyabar.
Difahamkan, si ibu itu telah meminta kanak-kanak itu untuk merakam video dia sedang menari bersama anaknya yang lain namun si kecil itu tidak mengetahui sebenarnya dia telah merakam wajahnya sendiri.
Si ibu itu yang sedang rancak menari itu kemudian mendekati anak sulungnya itu dan mengucapkan kata-kata penghargaan yang menyentuh hati sehingga membuatkan kanak-kanak perempuan itu sebak dan menangis kerana terharu.
Kakak, terima kasih sebab jadi anak ibu yang paling baik. Ibu sayang kakak dunia akhirat. Terima kasih sebab selalu sabar dengan ibu dan adik, dan selalu jaga adik. Kakak sedih ke? I love you kakak.
Hantaran video itu kemudiannya menjadi tular dan membuatkan netizen yang melihatnya sebak dan ada yang turut ‘banjir’ bersama kerana tersentuh dengan momen yang terlihat jujur itu.
Kata netizen yang rata-ratanya anak sulung, mereka hanyalah mengharapkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa dan dihargai seperti anak-anak yang lain.
Sebagai anak sulung, ini yang kami mahu sebenarnya. Tak mengharap lebih pun. Teruskan kuat anak-anak sulung.
Sebaknya. Anak sulung saya pasti akan lalui perkara sama satu hari nanti. Semoga saya dapat menjadi ibu yang baik untuk anak-anak.
Sehingga kini, video berkenaan telah berjaya meraih lebih ratusan ribu jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.