Sebelum ini, pendakwah bebas, Da’i Syed memberi bayangan bahawa isterinya, Hana Ismail sedang berbadan dua.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail dilihat memegang foto imbasan bayi.
Bagaimanapun, pendakwah berusia 28 tahun itu enggan memberi sebarang komen mengenai kehamilan anak pertama mereka.
View this post on Instagram
Terkini, Syed bagaimanapun memaklumkan isterinya mengalami keguguran.
Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata.
Pendakwah berasal dari Perlis itu akhirnya mengakui Hana hamil dan kandungannya kini berusia 10 minggu.
Sejujurnya, isteri saya memang pregnant, tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Syed berkata isterinya akan menjalani proses Dilation and curettage (D&C) di hospital KPJ.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.