Kanak-kanak yang meningkat dewasa perlulah diajar mengenali huruf dan abjad agar tidak ketinggalan apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Dan ibu bapa mahupun guru tadika perlulah lebih kreatif dalam aktiviti mengajar supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menimba ilmu.
Seperti satu perkongsian video di TikTok ini yang mungkin membuatkan anda geli hati apabila si ibu dilihat sedang mengajar anaknya menyebut nombor dengan betul.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si anak menyebut nombor 8 dengan ayat yang lain. Kelakar betul!
Si kecil dengan suara lucu nya menyebut nombor 8 sebagai t*tek, mungkin kerana bentuknya yang sama?
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terhibur dengan video tersebut dan turut berkongsi pengalaman mereka mengajar kanak-kanak mengira dan membaca.
Mungkin adik nak sebut ‘eight’ kot?