Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, satu hantaran video oleh seorang pengguna memaparkan tindakan seorang pemandu telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat orang ramai sedang berpusu-pusu ke tempat kerja pada pukul 8 pagi namun seorang pemandu dilihat memukul isterinya di dalam kereta.
Malah, pemandu itu turut dilihat kerap menekan brek setiap kali dia memukul isteri dan memandu secara terhuyung-hayang.
Main sep-sep ke tu?
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 307.4K tontonan, 19.9K tanda suka, dan 817 komen di laman TikTok.
@abahmj Main sep sep ke tu? ????? #fyp #fyp??viral #respectwomen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan wanita itu.
Tu baru dalam kereta, dekat rumah wallahualam – netizen.
“Pernah dalam situasi macam ni sebab terlambat siap je pun kena marah. Girls, please choose man wisely,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.