Tular di media sosial apabila gelagat pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa dilihat begitu mesra ketika berada di Genting Highlands, baru-baru ini.
Kedua-duanya dilihat berpelukan dan Intan Najuwa turut dilihat memegang tangan Aliff Aziz dalam video berdurasi kurang 15 saat itu.
Difahamkan, pelakon Intan Najuwa dan Aliff Aziz berada di lokasi pelancongan itu bagi tujuan penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter di saluran Astro.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kelakuan kedua-dua pelakon itu.
Ramai juga yang terkejut melihatkan Aliff Aziz yang kelihatan mesra dan bersentuhan dengan pelakon wanita iaitu Intan Najuwa.
Semoga Allah sentiasa pegang hati si lelaki untuk terus berpegang teguh dengan niat berubah demi isteri dan anak-anak. – netizen
Dalam pada itu, peminat juga berasa kagum dengan Aliff Aziz yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ketika bekerja dan berada di set penggambaran.
Sekadar info, drama adaptasi novel karya Nureen Ahmad berjudul Jodohku Babysitter ini turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Nina Juren, Isaac Iman dan ramai lagi.