Video Bella Astillah Teman Syed Saddiq Ke Ironman Dunia 2025 Di Perancis Jadi Tumpuan – “Kami Tunggu Team Ni Announce Kahwin”

Hiburan

Video Bella Astillah Teman Syed Saddiq Ke Ironman Dunia 2025 Di Perancis Jadi Tumpuan – “Kami Tunggu Team Ni Announce Kahwin”

Pembakar semangat, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dilihat menemani ahli politik, Syed Saddiq ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 yang berlangsung di Perancis pada 14 September ini.

Pemergian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, ke Nice turut disertai ibu bapanya serta ibu dan adik Bella, Didi Astillah. Rombongan keluarga itu menjadi gamat apabila Didi mengusik dua anak saudaranya, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah malam semalam..

Advertisement

Momen paling mencuri perhatian adalah ketika Ahli Parlimen Muar itu menunjukkan tiket penerbangan kepada Ayden dan menyuruhnya berterima kasih kepada ibu. Suasana sebak tercetus apabila kanak-kanak itu memeluk ibu sambil disaksikan Syed Saddiq.

Keakraban pasangan yang digelar BASS serta kemesraan kedua-dua keluarga mereka menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila mereka sama-sama memberikan sokongan di Perancis.

Dalam ruangan komen video terbabit, warganet memuji pasangan itu dan membandingkan dengan pasangan selebriti lain.

“Suka dengan mereka sebab kedekatan terjaga. Tidak tergedik-gedik, kesopanan dijaga sebaik mungkin,” kata seorang netizen.

Selain Syed Saddiq, kejohanan Ironman Dunia itu turut disertai tokoh berpengaruh dalam pembangunan hartanah, Datuk Seri Dr Vincent Tiew.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff syukri dedah miliki 500 buah rumah
2025-09-09 15:54:35

Melabur Sejak Umur 21 Tahun, Datuk Aliff Syukri Dedah Miliki 500 Buah Rumah - "Dulu Harga 'Property' Murah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...