June 11th, 2019

Siapa yang tidak sakit hati kalau tiba-tiba ada sahaja orang melemparkan pelbagai tuduhan sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar, itulah yang dirasakan oleh bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang dihina dan dituduh tidak menjaga edah.

Semakin sibuk menerima pelbagai tawaran mengembangkan lagi kariernya dalam bidang seni, Bella menjelaskan beliau hanya keluar rumah semata-mata atas tuntutan kerja untuk mencari rezeki buat dirinya dan keluarga.


Tambah Bella, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk melanggar hukum agama mahupun batas dalam tempoh edah.

Menerima pelbagai komen negatif sehingga melibatkan nama keluarganya, Bella berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terus memburukkannya di media sosial.

Bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu, Bella kini perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau kira-kira empat bulan.


28 responses to “(VIDEO) Bella Astillah Berang, Dihina Dan Dituduh Tidak Jaga Edah”

  1. boboy says:

    Banyak sangat tengot citer bollywood mcm ni la jadinya terpengaruh dgn agama Hindu. Klu suami meninggal, si isteri terperuk dlm rumah pakai sari putih & tak boleh keluar. Nak cari laki lain pn tak boleh. Dok dgn keluarga mertua sampai ke tua. Siap kena hina jadi janda. Tak sangka ada lg yang hidup di zaman Parameswara.

  2. bong cit says:

    stop la citer psl dia ni..bkn artis pun…org kenal pun psl kecoh semalaya psl rumah tangga…laki pun artis sgapore yg byk mslh…cari mkn kat msia klo balik sgapore silap2 men busker je la dpn soping mall

  3. sapa baca bunyi sabahan…sila like….!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. Seri melur says:

    Yg bcerai hdup x peelu idah smpai x bleh kuor umh..yg bcerai mati bru laa jaga idah x bleh g mana2..yg komen pun x tau hkum.. Bg bella pakai tdung dulu tu lg pnting..

  5. Anonymous says:

    org yg dlm eddah tak slh mencari duit ini perkara biasa lgi2 ada anak ye, ada juga bini bekerja dlm masa berpantang tau..sbb dpt laki x guna..kalau x pegi noreh, nnti nk beli beras mcm mane..

Loading...