June 11th, 2019

Siapa yang tidak sakit hati kalau tiba-tiba ada sahaja orang melemparkan pelbagai tuduhan sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar, itulah yang dirasakan oleh bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang dihina dan dituduh tidak menjaga edah.

Semakin sibuk menerima pelbagai tawaran mengembangkan lagi kariernya dalam bidang seni, Bella menjelaskan beliau hanya keluar rumah semata-mata atas tuntutan kerja untuk mencari rezeki buat dirinya dan keluarga.


Tambah Bella, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk melanggar hukum agama mahupun batas dalam tempoh edah.

Menerima pelbagai komen negatif sehingga melibatkan nama keluarganya, Bella berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terus memburukkannya di media sosial.

Bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu, Bella kini perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau kira-kira empat bulan.


28 responses to “(VIDEO) Bella Astillah Berang, Dihina Dan Dituduh Tidak Jaga Edah”

  1. nani says:

    bukan laki meninggal dunia, biarlah dia nak cari rezeki.belum kena pada diri sendiri

  2. ex fans lofa says:

    aish takkan lah lepas cerai die nak duduk berkurung berkabung kang korang cakap die tak nak move on pulak. die cuba sibukkan diri die dari fikir kan pasal aliff. ok lah tu. lgpun die pegi mana2 mesti ditemani dengan ahli keluarga. ape bnde lah. kesian aku tgk si bella ni.

  3. Anonymous says:

    walaupun dalam edah tak salah pun kalau niat dia cari rezeki. asalkan dia pergi dan balik dgn tujuan cari rezeki dan kerja. korang ni tak payah bajet alim lah.. kau bagilah dia duit sara hidup.

    • nokosirit says:

      kan..
      macamlah orang yang bercakap tu sanggup tanggung makan pakai si Bella sama anak dia ni..
      Eh~ kalau tidak keluar cari rezeki, tak kn nk duduk rumah je?? siapa nk kasi makan??

  4. anon says:

    dah kau menginjang sangat expose ..mmg lah tak terjahga edah
    lagi lebih2 nampaknya
    pastu orang saund nak marah
    mmg nampak ketara nya
    ni namanya baru nak kecap populer
    hahahaha

    • Anonymous says:

      habis orang yang bercerai semua tu tak boleh bekerja? bezanya kerja dan sumber pencarian orang lain2. pengomen yg dengki ni mesti spisis2 betina yg pernah terasa spnjng org komen isu bella, agaknya sama jenis dgn betina2 yg alif pernah brpoya2 tu yg smpai skg x puas hati sbb terasa la tu. haha

  5. Anonymous says:

    Faham. Niat tak menghalalkan cara. Take note

    • Anti dayus says:

      Paham. Tapi korang ingat dia dengan anak dia tak makan ke? duit datang dari langit ke? ko ingat ex husband dia nak bagi ke nak menampung hidup dia sekarang siapa?. apa salahnya dia mencari rezeki halal. kalau tak dia siapa lagi? tak kan nak biar dia berkurung dlm rumah. dia tau lah batas dia. Tak payah nak judge org lah …cuba tengok diri tu sendiri sebelum nak hukum orang!

    • Anonymous says:

      kalau dulu2 org kata kalau brgmbar bertiga, salah sorang akan mati dgn cepat,manusia kalau nk mati, mati juga, x kiralah begmbr seorg ke, skpg ke, itu dulu punya kpercayaan.

      Mcm kes bella ni, perkara halus pun nk bsrkn, kalau x kluar mcncari rezeki, x kan dtg dgn sendiri, rm1000.00 sebulan dri bekas laki tu, tidak semenstinya on time, cukupkah nilai itu…biarlah bella org ckp, yg penting langkah ko btul mencari duit halal.

    • minah jambu say NO to drugs says:

      dia makan ke tk makan ape korang nak peduli kan ?????? korang nak antar duit beras gula kopi minyak kalau dia tk makan tkan !! so ape yg korang semua nak cakap2 lagi pasal si bella ni !! biar lah dia idop hepi2 ngan anak dia n tau lah dia usaha cari rezeki !! cerai salah tak cerai di suruh cerai !! bila dh cerai banyak pulak cerita orang2 ni semua dengki nk mampos !! dh la bella u jangan layan orang2 ni semua ..biar orang2 nak tuduh2 u ape gi jahanam ngan orang2 semua as long u hepi ngan anak u suda yg lain gi kojol..huh !!

    • Anonymous says:

      dia dalam edah sbb bercerai…. klu dlm edah sbb meninggal dunia pun dibolehkan untuk keluar bekerja utk sara hidup.tapi mesti tau batasan dan ikut syariat… islam itu mudah….

    • Anonymous says:

      Ya ampun.. abis kalau sesapa yg Islam ni bercerai nanti, boss akan bagi cutilah ya time edah. Helloooo.. pi keja cari rezeki takpa la.

Loading...