Written by Bella | June 11th, 2019

Siapa yang tidak sakit hati kalau tiba-tiba ada sahaja orang melemparkan pelbagai tuduhan sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar, itulah yang dirasakan oleh bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang dihina dan dituduh tidak menjaga edah.

Semakin sibuk menerima pelbagai tawaran mengembangkan lagi kariernya dalam bidang seni, Bella menjelaskan beliau hanya keluar rumah semata-mata atas tuntutan kerja untuk mencari rezeki buat dirinya dan keluarga.


Tambah Bella, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk melanggar hukum agama mahupun batas dalam tempoh edah.

Menerima pelbagai komen negatif sehingga melibatkan nama keluarganya, Bella berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terus memburukkannya di media sosial.

Bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu, Bella kini perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau kira-kira empat bulan.

28 responses to (VIDEO) Bella Astillah Berang, Dihina Dan Dituduh Tidak Jaga Edah

  1. Zura says:

    Belajar la dulu hukum hakam sebelum menghukum orang. “Iddah cerai tak sama dengan ‘iddah meninggal… Eh… Aliff tu hidup lagi kan..?

  2. Mak mertua ku = vida says:

    Bella …. Patut ada kan kenduri besaran …kenduri tolak bala…

  3. Anonymous says:

    attention seeker… panjang lebar video bising2
    ramai jadi janda kene tuduh mcm2 rilex bersabar jer masa edah.. bising skit2 sudah… si bella ni dari kantoi laki curang smpi bercerai tak sudeh2 mintak attention semalaya… lama2 meluat wooo…

    • Anonymous says:

      betul… gila attention… nk tuju kt si polan tp up video panjang2 tuk public.. really desperate for attention nyer pompuan… direct dm si polan jer lah kan si bella nih nak jgk raih public attention… netizen pun skit2 dh nmpk perangai bella ni psycho to get publicity !!!

  4. Tengkuzaire says:

    Setakat menjanda cerai hidup aje pun, dia pun nak hidup cari rezeki.Sedangkan balu suami meninggal pun pun ada kelonggaran mencari rezeki.
    Nitizen relax lah tak kena batang hidung kau

  5. Anonymous says:

    netizen bodoh….oiii y x blh keluar dan melawa tu edah mati..mslhnye bella ni edah cerai..si alip tu belum mati lg..lain laa klu alip dh mati br blh nk suh dia duk umah je, berkabung…mne ade org cerai hdp berkabung smpai x blh keluar rumah???ajaran agama mne ko pakai…