(VIDEO) Bella Astillah Berang, Dihina Dan Dituduh Tidak Jaga Edah

Hiburan

(VIDEO) Bella Astillah Berang, Dihina Dan Dituduh Tidak Jaga Edah

Siapa yang tidak sakit hati kalau tiba-tiba ada sahaja orang melemparkan pelbagai tuduhan sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar, itulah yang dirasakan oleh bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah yang dihina dan dituduh tidak menjaga edah.

Advertisement

Semakin sibuk menerima pelbagai tawaran mengembangkan lagi kariernya dalam bidang seni, Bella menjelaskan beliau hanya keluar rumah semata-mata atas tuntutan kerja untuk mencari rezeki buat dirinya dan keluarga.


Tambah Bella, beliau sama sekali tidak pernah berniat untuk melanggar hukum agama mahupun batas dalam tempoh edah.

Menerima pelbagai komen negatif sehingga melibatkan nama keluarganya, Bella berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terus memburukkannya di media sosial.

Bercerai talak satu dengan Aliff pada 16 Mei lalu, Bella kini perlu menjalani tempoh edah sebanyak tiga kali suci atau kira-kira empat bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...