Baru-baru ini, di platform X tular satu ciapan seorang pengguna mempertikaikan harga kopiah yang dianggap tidak masuk dek akal kerana terlalu mahal.
Penjual tampil bersuara
Difahamkan, penjual telah menjual kopiah berkenaan di TikTok dan disebabkan ada individu yang meninggalkan komen dengan berkata kopiah itu terlalu mahal, penjual terbabit tampil bersuara.
Video penjelasan penjual itu telah dimuat naik semula di laman X oleh seorang pengguna yang tidak gemar dengan cara penjual terbabit seolah-olah mahu membuat orang ramai rasa serba bersalah apabila pertikaikan harga kopiah tersebut.
Kopiah apa harga macam tu..🤔
Nak jual mahal pun, bagi lah justifikasi yang meyakinkan berkaitan material dan kualiti.. Bukan kena guilt trip orang yang beli kasut mahal tapi letak di kaki.. pic.twitter.com/1EK5LEwtst
— Jalal Misai (@jllmisai) March 13, 2024
Perjelas kenapa kopiah harga mahal
Dalam video tersebut, penjual tersebut memberitahu kopiah itu dijual dengan harga RM75 kerana berbeza dengan kopiah yang lain, dimana ia mempunyai 13 lapisan di dalamnya dan tidak boleh dilipat.
Disebabkan tidak boleh dilipat, penjual itu mendakwa kopiah itu akan kekal cantik di kepala dan tidak akan menyakitkan kepala individu yang memakainya.
Kita beli kasut mahal-mahal letak dekat kaki boleh pula, takkan kopiah RM70 RM80 nak letak dekat kepala macam-macam bunyi.
Penjelasan yang tak bagus
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak kisah jika mahu menjual dengan harga semahal itu tetapi mereka kurang senang apabila penjual tersebut cuba membuat pembeli rasa serba salah jika pertikaikan harga kopiah tersebut.